Hot Stuff

Hotperfume 5ml for woman

Hotperfume 5ml for woman
Egypt quality version

France quality version

Hotperfume 5ml For Men

Hotperfume 5ml For Men
Egypt Quality Version

France Quality Version

Hotperfume 30ml for men/women

Aroma Theraphy Kon

Aroma Theraphy Kon
Pewangi ruangan rumah/Pejabat/Kereta
Harga Perfume

saiz 5 Ml = RM 10.00
saiz 30ml = RM 35.00

Harga Aroma Therapy Kon

Packet kecil (5 Butir) RM 3.00
Packet Besar (10 packet Kecil ) RM 20.00

Kepada yang berminat mendaftar sebagai agen
sila e mail ke

tasnirb@yahoo.com

Pendaftaran sebagai agen hanya RM 50.00 dan anda bebas
memilih 6 botol perfume bersaiz 5ml mengikut kehendak anda sendiri sebagai permulaan.
Harga agen akan dihantar melalui e mail / pos setelah pendaftaran dilakukan.

Berikut adalah kadar diskaun agen yang dikira atas harga kilang.

Belian RM 100 - RM 199.00 diskaun 25%
Belian RM 200 - RM 299.00 diskaun 27.5%
Belian RM 300 keatas diskaun 30.%



I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com

Thursday, May 13, 2010

Kaedah dan cara penggunaan I Flask

CARA MEMBASUH i-FLASK
1. Bilas flask menggunakan air paip beberapa kali.
2. Isikan flask dengan air panas mendidih sehingga penuh dan biarkan selama 10 minit.
3. Kemudian buangkan air panas tersebut dan flask telah sedia digunakan.

CARA MENGGUNAKAN i-FLASK
1. Isikan air kosong/air masak/air mineral/air dari penapis air ke dalam flask sehingga 3/4 penuh. Air suam atau air dari penapis yang beralkali adalah lebih baik. Jangan masukkan air teh, kopi, milo atau sebagainya.
2. Tutup penutupnya dan goncang flask kira-kira 15-20 kali (lebih lama lebih baik).
3. Kemudian biarkannya selama 5 minit supaya air tersebut dapat di 'supercharge' dengan sempurna, setelah itu air tersebut sedia diminum.

ATURAN UNTUK PENGGUNA YANG PERTAMA KALI MENGGUNAKAN i-FLASK
Telah didapati kira-kira 20% pengguna i-FLASK akan mengalami kesan tolakan (withdrawal effect) yang juga dikenali sebagai kesan cucian (cleaning effect). Di antara kesan cucian ini adalah seperti pengguna akan berasa pening kepala, anggota badan akan terasa sakit, cirit-birit, muntah dan sebagainya.
Para pengguna i-FLASK tidak perlu risau kerana kesan ini hanya bersifat sementara sahaja. Kebanyakan pengguna i-FLASK mengalami kesan ini hanya dalam beberapa hari sahaja. Perlu diingat kesan cucian ini bukanlah kesan sampingan (side effect), kerana kesan sampingan (side effect) adalah kesan berpanjangan manakala kesan cucian hanya bersifat sementara sahaja.
Sebagai contoh kesan cucian ini juga biasa berlaku apabila kita mengambil ubat-ubatan homeopati (berasa pening atau sakit-sakit badan) atau apabila perokok tegar tiba-tiba berhenti merokok (akan mula batuk berkahak dan kadangkala demam).
Kesan cucian ini berlaku kerana badan mula berinteraksi untuk membersihkan kekotoran atau toksik di dalam badan. Oleh itu untuk mengelak kesan cucian ini daripada menjejaskan aktiviti/kerja seharian kita, kita perlu mengawalnya dengan cara :
1. Mula-mula minum separuh sahaja air dari i-FLASK.
2. Tunggu selama 6 jam.
3. Sekiranya anda tidak terasa sebarang kesan cucian (seperti pening dsbnya) anda bolehlah terus minum air dari i-FLASK tanpa sebarang had (8-20 flask sehari).
4. Sekiranya anda berasa pening dsbnya tetapi masih boleh bertahan, anda boleh teruskan minum air dari i-FLASK (5-8 flask sehari) sehingga kesan tersebut hilang.
5. Sekiranya anda berasa pening dsbnya yang boleh menjejaskan aktiviti/kerja seharian, anda disarankan mencampur air dari i-FLASK dengan air kosong dan kurangkan pengambilannya (2-4 flask sehari) sehingga kesan tersebut hilang.
6. Perlu diingat anda mesti meneruskan minum air dari i-FLASK supaya badan dapat membersihkan kekotoran/toksik dengan sempurna.

No comments:

Post a Comment